HARI KERJAYA XVII UKM 1998

Kemelut ekonomi dewasa ini dijangkakan menjadi punca pelbagai masalah kepada negara. Walau bagaimanapun, jangkaan ini meleset sama sekali apabila negara semakin membangun ditambah pula dengan penganjuran projek-projek mega sekaligus membuka mata dunia bahawa permainan barat dapat kita atasi dengan keutuhan jentera kerajaan dan perpaduan rakyat.

Menumpukan penggunaan sains teknologi, teknologi maklumat serta pengurusan, memerlukan bakal-bakal pekerja membuat anjakan paradigma tentang kerjayanya, yang seharusnya dilihat dalam pelbagai dimensi. Oleh itu, pihak universiti seharusnya bersedia dalam menyediakan mahasiswa/i sebagai guna tenaga yang proaktif.

Bagi pihak Universiti Kebangsaan Malaysia sendiri menganjurkan Hari Kerjaya sebagai langkah bagi mendedahkan kepada masyarakat luar amnya dan warga kampus khususnya tentang alam pekerjaan yang mencabar dan penuh persaingan.

 

LOGO URUSETIA KERJAYA

 

Dengan penganjuran projek ini, mahasiswa/i akan dibekalkan dengan maklumat-maklumat terkini tentang syarikat-syarikat di Malaysia malahan berpeluang berinteraksi secara dua hala dengan syarikat-syarikat dan organisasi yang terlibat dalam Hari Kerjaya. Turut disediakan sesi temuduga kerja yang dijalankan sendiri oleh syarikat-syarikat tertentu berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada program ini, diharapkan mahasiswa/i dapat menyiapkan diri dengan lebih awal dan membuat perancangan yang teliti sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Sememangnya informasi yang diperolehi akan dapat memberikan kebaikan kepada pembangunan sumber manusia kelak. Maka, Hari Kerjaya ini menjanjikan peluang kepada mahasiswa/i, pihak universiti dan pihak syarikat melayari dunia korporat yang semakin global.

 

 

 

l Paparan Utama l l Program Tahunan l l Hari Kerjaya UKM l l Matlamat Program l l Aktiviti l l Arkib Hari Kerjaya l l Hari Kerjaya XVII UKM 1998 l