AKTIVITI |
SIMPOSIUM KERJAYA UKM Tokoh-tokoh korporat dan kerajaan dijemput untuk memberi pendapat dan menjawab sebarang permasalahan yang berkaitan dengan mahasiswa/i mengenai masa depan mereka. Ini dapat diharapkan dapat membantu mahasiswa/i untuk membuat perancangan dan persediaan yang lebih awal. Disamping itu pendedahan mengenai tatacara temuduga pekerjaan yang betul serta simulasi temuduga diharap dapat membantu mahasiswa/i apabila tamat pengajian kelak. Organisasi -organisasi yang menyertai Taklimat Kerjaya memberikan penerangan tentang latar belakang syariakt dan prospek kerjaya masing-masing. Mahasiswa/i berpeluang untuk berdialog secara lansung dengan pegawai-pegawai dari setiap organisasi. Setiap organisasi yang mengambil bahagian berpeluang mempamerkan struktur organisasi mereka dalam pelbagai bentuk seperti carta, gambar, pamplet, alat pandang dengar dan sebagainya. Para mahasiswa/i dapat berjumpa secara langsung dengan wakil-wakil organisasi terbabit untuk mendapatkan maklumat mengenai peluang pekerjaan di organisasi terbabit. Aktiviti telah membuka peluang kepada majikan-majikan yang ingin mengadakan temuduga atau pengambilan pekerja di kampus sepanjang program ini berlangsung. Aktiviti ini telah mendapat sambutan hangat daripada pengunjung terutama mahasiswa akhir.
|
l Paparan Utama l l Program Tahunan l l Hari Kerjaya UKM l l Matlamat Program l l Aktiviti l l Arkib Hari Kerjaya l l Hari Kerjaya XVII UKM 1998 l |