
|

Berpegang kepada suatu keyakinan bahawa setiap individu itu
berkemampuan untuk mengembangkan potensi diri bagi mencapai kejayaan akademik dan daya
kepimpinan yang cemerlang sekiranya diberikan kebebasan melibatkan diri dengan latihan
kepimpinan berstruktur melalui pengalaman menurut kurikulum yang berasaskan kepada teori
pengembangan manusia. Maka pada tahun 1984 Unit Rundingcara Pelajar, Hal-Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menubuhkan Urusetia
Kerjaya, Universiti Kebangsaan Malaysia. Urusetia Kerjaya yang mempunyai ahli-ahli yang
mempunyai semangat dan komitmen yang tinggi seringkali mengharumkan nama Universiti
Kebangsaan Malaysia dengan kejayaan menjalankan misi dan visi yang dipertanggungjawabkan
oleh Unit Rundingcara Pelajar. Semoga kecemerlangan ini dapat dikekalkan di masa-masa akan
datang.
|