LOGO URUSETIA KERJAYA UKM

 

LOGO URUSETIA KERJAYA

 

Logo Urusetia Kerjaya menggambarkan interaksi dan integrasi serta kerjasama yang erat di antara masyarakat kampus dan masyarakat luar. Bentuk dua belas segi di tengah merujuk kepada universiti sebagai tempat mahasiswa/i memperolehi ilmu dan menjalani proses pembentukkan diri untuk melahirkan generasi yang serba boleh. Seterusnya anak panah keluar dari kawasan tengah merujuk kepada mahasiswa/i yang berusaha menaikkan imej Universiti Kebangsaan Malaysia dengan memberi sumbangan dan perkhidmatan yang ikhlas demi kepentingan agama, bangsa dan negara. Manakala anak panah masuk merujuk kepada masyarakat luar yang terdiri daripada pelbagai golongan dan organisasi, memberi kerjasama untuk pembangunan universiti dan mahasiswa/i ke arah yang lebih cemerlang. Secara Keseluruhan logo ini menggambarkan wujudnya kerjasama erat di antara masyarakat kampus dan masyarakat luar untuk pembangunan Malaysia.

 

l Paparan Utama l l Arkib l l Logo Urusetia Kerjaya l l Logo UKM l l Moto Urusetia Kerjaya l l Gambar Menarik l l Keratan Akhbar l l Lagu l