LAGU

MENARA BANGSA

Suria muncul di pagi hari
Kita bangun sederap kaki
Menara bangsa akan kita bina
Perkasa tiada rebah lagi

Mentari sudah ada disini
Pasti bersinar seribu tahun lagi
Biar berhembus angin sangkakala
Malam pasti tiada datang

Kita sudah tiada perlu tidur
Kerna mimpi sudah ada di depan mata
Embun jernih pengganti keringat
Berkilau bagai mutiara

Rimba akan terus hijau
Unggas riang ria berkicau
Air jernih meriak di sungai
Udara nyaman tenang di rongga

Darah kembali berharga
Merah buat penyeri muka
Senyum terus terukir di bibir
Kasih sayang jadi milik semua

Kita bebas laksana burung
Terikat hanya di tali cinta

 

 

WARISAN

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Airmata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa sesama kita
Cita lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita ini
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Pribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita cuma tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan gagah perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayu kan gagah di Nusantara

 

 

SETANGKAI MAWAR

Harum wangi dan bersinar
Setangkai mawar di jambangan
(bunga mawar)
Dipuja puja dalam jambangan
Idaman rindunya sang kumbang

Tetap teguhnya di tangkai
Melambai ditiup sang bayu
(bunga mawar)
Tak gugur bunga jangan dicapai
Indahnya menjadi ilhamku

Berjiwa suci dan beramal damai
Itulah ajaran yang benar
Aman dan permai hidup yang permai
Dikeliling setangkai mawar

Tetap teguh hidup kita
Sebati membela negara(bunga mawar)
Dijungjung tinggi dipuja puja
Harapan kita di Malaysia

 

PENYAIR DARI GUNUNG

Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun aku duduk disitu
Beratus ratus tahun

Kini kuturun kelembah
Melihat manusia
Kecil miskin lagi hina
Hidup mereka melata lata

Tanganku gemgam kujulang ke udara
Akan kujeritakan bagaikan halilintar
Kebebasan abadi

Akan kita susun pembarisan
Menjulang keadilan
Milik kita milik semua
Kita hidup bahagia

 

 

 

PEMIMPIN WAJA

Tiada gunung terlalu tinggi
Buat kami daki di siang hari
Tiada jurang terlalu dalam
Buat kami turun di malam kelam

Malam kelam
Hutan rimba 2X
Padang lalang 2X

Dusun sunyi jalannya jauh
Panas terik hujan gerimis
Ayuhlah ayuh
Maju bangsaku

Haram patah 2X
Hati kami 2X
Kerana terlatihnya
Kamilah pemimpin waja
Ayuh lawan semua 2X

Bumi luas terbentang
Di seluruh nisantara
Deburan ombak kukayuh
Cuaca gelap kurempuh
Kamilah pemimpin waja
WAJA

 

SEROJA

Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul ramaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja
Jangan dimanja

Mengapa kau bermenung 2X
Oh adik berhati bingung 2X
Janganlah engkau bermain dengan
asmara 2X

Sekarang bukan bermenung
Zaman bermenung 2X
Mari bersama oh adik membina bangsa 2X

Mari menyusun seroja
Bunga seroja
Hiasan sanggul remaja puteri remaja
Rupa yang elok dimanja
Jangan di manja
Pujalah ia sekadar sekadar saja

 

 

 

 

URUSETIA KERJAYA

Hello 2X
Siapa kami
Putera puteri Urusetia Kerjaya

K.E.R.J.A.Y.A.
Kerjaya U.K.M.

 

 

l Paparan Utama l l Arkib l l Logo Urusetia Kerjaya l l Logo UKM l l Moto Urusetia Kerjaya l l Gambar Menarik l l Keratan Akhbar l l Lagu l