DELEGASI KORPORAT
URUSETIA KERJAYA UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

 

 

MATLAMAT

  • Menjalinkan hubungan yang lebih erat di kalangan ahli Urusetia Kerjaya di samping mendedahkan ahli-ahli kepada dunia Korporat dan Kerjaya di luar kawasan Lembah Kelang terutama di utara dan selatan Malaysia.

  • Meningkatkan hubungan yang lebih erat di kalangan ahli Urusetia Kerjaya UKM dengan penganjur Hari Kerjaya di Institut Pengajian Tinggi yang lain bagi memudahkan pertukaran pendapat dan pandangan.

  • Mengetahui pendekatan dan kaedah penganjur di IPT  lain dalam mengelola Hari Kerjaya masing-masing serta memberi pengetahuan berguna kepada ahli Urusetia Kerjaya untuk mengelola Hari Kerjaya UKM dengan lebih berkesan supaya memberi manfaat kepada warga kampus UKM.

  • Merapatkan hubungan dengan firma-firma disamping mengundang firma-firma tersebut menyertai Hari Kerjaya UKM

  • Menanamkan kesedaran kepada ahli Urusetia Kerjaya tentang peri pentingnya gerak kerja berkumpulan dan persefahaman serta kepentingan bersama.

 

AKTIVITI

LAWATAN KE HARI KERJAYA INSTITUT PENGAJIAN TINGGI

Program ini memberi peluang kepada ahli-ahli Urusetia Kerjaya UKM untuk menimba pengetahuan dengan berbincang dengan penganjur Hari Kerjaya di IPT lain di samping berkenal-kenalan serta bertukar fikiran dengan mereka. Di samping itu turut membuka peluang kepada ahli Urusetia Kerjaya UKM berbincang dengan wakil organisasi yang menyertai Hari Kerjaya tersebut sekaligus mempelawa mereka menyertai Hari Kerjaya UKM.


LAWATAN KE FIRMA-FIRMA

Lawatan ini memberi peluang kepada ahli Urusetia Kerjaya pendedahan secara lansung tentang sesebuah firma disamping bekerjasama serta mengakrab lagi hubungan firma-firma tersebut dengan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia. Disamping itu turut mengundang firma-firma tersebut menyertai Hari Kerjaya UKM.

 

l Paparan Utama l l Program Tahunan l l Kursus Induksi l l Interaksi Urusetia Kerjaya l l Lawatan ke URP l l Kursus Penganjuran Projek l l Kursus Pemasaran l
l Kursus Protokol l l Hari Kerjaya l l Delegasi Korporat l l Kursus Fasilitator l l Bengkel Pendidikan dan Kerjaya l l Jamuan Tahunan l l Kursus Ketahanan Diri l