KURSUS PENGANJURAN PROJEK
 

MATLAMAT

  • Memberi pendedahan kepada ahli-ahli Urusetia Kerjaya tentang cara yang betul untuk menganjurkan sesuatu projek mengikut saluran-saluran yang dibenarkan oleh pihak Universiti Kebangsaan Malaysia.

  • Memberi pendedahan kepada ahli-ahli Urusetia Kerjaya tentang perkara-perkara yang mesti disediakan sebelum sesuatu projek dijalankan seperti kertas kerja, surat pengecualian cukai pendapatan dan bahan bercetak yang lain untuk tujuan sokongan dan kelusan projek.

  • Mengajar ahli-ahli Urusetia Kerjaya tentang cara penyediaan kertas kerja, belanjawan dan surat sokongan yang lain.

  • Sumber maklumat tambahan tentang unit-unit di Universiti Kebangsaan Malaysia yang boleh dirujuk serta dihubungi untuk mendapat sebarang bantuan atau perkhidmatan.

 

AKTIVITI
 

CERAMAH

Sesi ceramah dirangka untuk memberikan pendedahan tentang penganjuran projek bermula daripada membuat kertas kerja hingga kepada pelaksanaan projek. Selain itu peserta turut diajar tentang cara penyediaan kertas kerja, belanjawan projek serta item sokongan yang lain. Peserta juga berpeluang untuk berdialog untuk menjawab sebarang kemusykilan yang timbul.

 
BENGKEL

Peserta dikehendaki menyediakan kertas kerja, belanjawan projek dan item sokongan lain secara berkumpulan dan dipersembahkan kepada semua peserta. Perbincangan dan komen turut dibuat untuk memperbaiki kelemahan.

 

 

KURSUS DAN LATIHAN
KURSUS DAN LATIHAN

 

l Paparan Utama l l Program Tahunan l l Kursus Induksi l l Interaksi Urusetia Kerjaya l l Lawatan ke URP l l Kursus Penganjuran Projek l l Kursus Pemasaran l
l Kursus Protokol l l Hari Kerjaya l l Delegasi Korporat l l Kursus Fasilitator l l Bengkel Pendidikan dan Kerjaya l l Jamuan Tahunan l Kursus Ketahanan Diri ll