PEMILIHAN DAN PERLANTIKAN AHLI

 

Ahli-ahli Urusetia Kerjaya dipilih daripada mahasiswa/i Universiti Kebangsaan Malaysia tahun satu pada semester satu setiap sesi. Pemilihan ahli dibuat melalui sesi temuduga yang dikendalikan oleh Lembaga Pengelola Urusetia Kerjaya. Sesi ini adalah penting untuk memastikan ahli yang terpilih dapat menyesuaikan diri dengan budaya kerja Urusetia Kerjaya. Seterusnya calon-calon yang terpilih akan dicadangkan kepada pihak Unit Rundingcara Pelajar untuk mengesahkan penerimaan sebagai ahli. Setiap ahli yang diterima dikehendaki menyertai salah satu daripada dua projek utama Urusetia Kerjaya selama dua tahun berturut-turut sebagai syarat untuk diiktiraf sebagai ahli seumur hidup. Projek utama Urusetia Kerjaya ialah Hari Kerjaya Universiti Kebangsaan Malaysia dan Bengkel Pendidikan dan Kerjaya Peringkat Sekolah-sekolah Malaysia.

 

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENJADI AHLI KELUARGA URUSETIA KERJAYA

  • BORANG KEANGGOTAAN - Borang tersebut boleh didapati daripada kaunter-kaunter Urusetia Kerjaya atau berkunjung ke bilik Urusetia Kerjaya di Bangunan Pusanika apabila keanggotaan dibuka. Sila penuhi maklumat yang diperlukan dan hantar ke bilik Urusetia Kerjaya.

  • SESI TEMUDUGA - Jadual temuduga akan ditampal pada papan kenyataan Urusetia Kerjaya. Calon-calon dikehendaki mengisi waktu yang sesuai untuk ditemuduga. Sila maklumkan kepada pihak Urusetia Kerjaya sekiranya terdapat apa-apa perubahan.

  • CALON YANG TERPILIH - Calon-calon yang terpilih akan dimaklumkan melalui senarai yang akan ditampal di papan kenyataan Urusetia Kerjaya. Sila dapatkan maklumat seterusnya untuk menyertai Kursus Induksi.

 

 

l Paparan Utama l l Pengurusan Sumber Manusia l l Pemilihan dan Perlantikkan Ahli l l Kursus dan Latihan l l Struktur dan Organisasi l l Senarai Ahli l