STRUKTUR DAN ORGANISASI |
Pihak Lembaga Pengelola Urusetia Kerjaya menyedari perlunya penglibatan semua ahli secara menyeluruh di dalam semua projek yang dianjurkan oleh pihak Urusetia Kerjaya. Jesteru itu Lembaga Pengelola dengan kerjasama Unit Rundingcara Pelajar telah merangka struktur Urusetia Kerjaya agar lebih mantap dan efektif.
JAWATANKUASA INDUK Jawatankuasa Induk terdiri dari
Lembaga Pengelola Urusetia Kerjaya dengan kerjasama Unit Rundingcara Pelajar. Jawatankuasa
ini menentukan dasar dan polisi Urusetia Kerjaya. Jawatankuasa ini juga akan membincangkan
masalah yang dihadapi oleh Jawatankuasa Pengelola dan Jawatankuasa Pelaksana. Selain itu
jawatankuasa bertanggungjawab di dalam mengendalikan projek yang tidak mempunyai
Jawatankuasa Pengelola. JAWATANKUASA PENGELOLA Jawatankuasa Pengelola ialah sekretariat yang mengendalikan projek-projek Urusetia Kerjaya. Terdapat tiga Jawatankuasa pengelola iaitu Sekretariat Hari Kerjaya UKM, Sekretariat Bengkel dan Pendidikan Kerjaya Peringkat Sekolah-sekolah Malaysia dan Sekretariat Kursus Induksi. Bagi Sekretariat Hari Kerjaya UKM dan Sekretariat Bengkel dan Pendidikan Kerjaya Peringkat Sekolah-sekolah Malaysia terdiri daripada ahli tahun satu dan dua. Manakala bagi Sekretariat Kursus Induksi pula terdiri daripada ahli tahun dua sahaja. Kursus Induksi lebih kepada projek 'batch'. Pembahagian Sekretariat dibuat oleh Lembaga Pengelola berdasarkan ciri-ciri yang dikenalpasti semasa Kursus Induksi, Interaksi Urusetia Kerjaya, Kursus Penganjuran Projek dan Kursus Pemasaran. Peranan ahli-ahli tahun tiga dan empat adalah sebagai tempat rujukan disamping Unit Rundingcara Pelajar dan unit-unit lain di UKM.
JAWATAN PELAKSANA Jawatankuasa Pelaksana terdiri dari semua ahli Urusetia Kerjaya termasuk ahli tahun tiga dan empat. Kewujudan jawatankuasa ini membolehkan penglibatan ahli secara menyeluruh di dalam setiap projek Urusetia Kerjaya. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk memberi maklum balas dan cadangan untuk meningkatkan kecemerlangan projek-projek tersebut di masa-masa akan datang.
|
l Paparan Utama l l Pengurusan Sumber Manusia l l Pemilihan dan Perlantikkan Ahli l l Kursus dan Latihan l l Struktur dan Organisasi l l Senarai Ahli l |