MATLAMAT PROGRAM

 

  • Memberikan pendedahan kepada bakal-bakal graduan mengenai pasaran pekerjaan di dalam dan di luar negara disamping mewujudkan kesedaran kepada mereka khususnya mahasiswa/i UKM tentang kepentingan perancangan awal kerjaya.

  • Mewujudkan kerjasama yang erat serta menjalinkan hubungan yang baik di antara masyarakat kampus dengan majikan-majikan demi kepentingan bersama.

  • Mencerminkan imej universiti sebagai pusat pengembangan ilmu dan proses pembentukan masyarakat terpelajar yang berkeupayaan menembusi pasaran pekerjaan selaras dengan matlamat perkembangan negara.

  • Membentuk masyarakat yang peka terhadap perkembangan dan perubahan pasaran kerjaya dari semasa ke semasa dengan aspirasi negara untuk mencapai wawasan 2020.

  • Mengundang majikan dari agensi-agensi kerajaan, badan-badan berkanun serta firma-firma swasta untuk memberikan gambaran serta penjelasan berhubung dengan organisasi mereka dan juga peluang-peluang pekerjaan yang disediakan.

  • Mendedahkan kepada mahasiswa/i dan masyarakat umum tentang peluang-peluang pekerjaan terkini terutama dalam bidang teknologi tinggi, pengurusan, perakaunan dan sebagainya.

  • Memberi peluang kepada mahasiswa/i dan masyarakat umum untuk menimba pengalaman tentang prosedur yang betul untuk memohon pekerjaan, persediaan yang perlu dan tatacara menghadapi temuduga pekerjaan.

  • Mengetengahkan skim-skim pekerjaan dan skim-skim latihan masa cuti yang mutakhir bagi mahasiswa/i yang disediakan oleh bakal-bakal majikan.

  • Mengadakan peluang-peluang temuduga di kampus bagi kemudahan mahasiswa/i dan juga firma-firma yang mengambil bahagian.

 

l Paparan Utama l l Program Tahunan l l Hari Kerjaya UKM l l Matlamat Program l l Aktiviti l l Arkib Hari Kerjaya l l Hari Kerjaya XVII UKM 1998 l