AKTIVITI |
CERAMAH DAN FORUM Beberapa siri ceramah dan forum diadakan untuk ahli-ahli baru Urusetia Kerjaya seperti ceramah tentang perjuangan untuk mengisi kemerdekaan, ceramah motivasi dan pendedahan tentang peranan dan matlamat penubuhan Urusetia Kerjaya. Ceramah-ceramah ini akan disampaikan oleh wakil Biro Tata Negara, bekas ahli-ahli Urusetia Kerjaya dan beberapa penceramah yang sesuai dengan pengisian Kursus Induksi. Selain itu pengalaman suka duka semasa mengelola projek-projek Urusetia Kerjaya turut disampaikan sebagai maklumat tambahan untuk ahli-ahli baru. Sesi bengkel diadakan bertujuan untuk memantapkan serta meningkatkan lagi pengetahuan ahli baru Urusetia Kerjaya tentang peranan mereka di dalam Urusetia Kerjaya. Selain itu budaya kerja turut disemai di dalam hati setiap peserta. LDK bertujuan untuk menyedarkan para pelajar mengenai kepentingan keseimbangan di antara menyertai kegiatan Urusetia Kerjaya dan menjaga prestasi akademik masing-masing. Selain itu turut memotivasikan diri di dalam menjalankan projek-projek agar wujud keyakinan dalam diri disamping berkongsi pengalaman dengan ahli-ahli yang lebih senior. Aktiviti-aktiviti kerohanian yang berbentuk kuliah Maghrib, qiamullail, Al-Mathurat, solat berjemaah dan zikrullah bertujuan menyedarkan peserta bahawa di dalam mengejar cita-cita, kita tidak boleh mengabaikan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah.
|
l Paparan Utama l l Program Tahunan l l Kursus Induksi l l Matlamat Program l l Aktiviti l l Arkib Kursus Induksi l l Kursus Induksi XV 1998 l |