KURSUS INDUKSI XV 1998 |
Kursus Induksi XV adalah kesinambungan projek Kursus Induksi XIV yang telah diadakan pada 14 Julai hingga 17 Julai 1997 yang lalu. Projek ini adalah anjuran Urusetia Kerjaya, Unit Rundingcara Pelajar, Hal Ehwal Pelajar, Universiti Kebangsaan Malaysia. Projek ini telah diadakan di Kem Biro Tatanegara Alor Gajah, Melaka. Projek ini disertai oleh ahli-ahli baru Urusetia Kerjaya yang telah dipilih melalui borang permohonan serta temuduga yang dijalankan. Seramai 60 orang peserta telah mengikuti Kursus ini.
|
|
|
Kursus Induksi
XV 1998 telah berjaya mewujudkan perhubungan yang erat antara pelajar
baru dan lama Urusetia Kerjaya. Hal ini amat penting kerana mereka
akan berkerjasama dalam melaksanakan projek Urusetia Kerjaya akan
datang. Di samping itu kursus ini juga berjaya mendedahkan ahli baru
Urusetia Kerjaya mengenai projek-projek yang dijalankan oleh Urusetia
Kerjaya seperti Hari Kerjaya UKM serta Bengkel Pendidikan dan Kerjaya
Peringkat Sekolah-sekolah Malaysia. Peserta kursus juga telah
didedahkan mengenai kepentingan penganjuran projek serta kepentingan
perancangan semasa mengelola sesuatu projek.
|
l Paparan Utama l l Program Tahunan l l Kursus Induksi l l Matlamat Program l l Aktiviti l l Arkib Kursus Induksi l l Kursus Induksi XV 1998 l |